Bahagian Latihan & Modal Insan
Fungsi dan Peranan
- Menguruskan kursus Asas Perguruan kepada guru-guru rangkaian sekolah ABIM iaitu SERI/SEMI/TASKI dan SRI KAFA seluruh Malaysia untuk profesionalisme keguruan.
- Menguruskan Kursus Induksi guru dan staf rangkaian pendidikan ABIM bagi memahami peranan petugas, hal personel, penggajian, jemaah Wadah, ABIM, PKPIM (WAP), YTP dan agensi ABIM.
- Menguruskan kursus Program Islah Sekolah (PIS) kepada para pentadbir sekolah (YTPN< PGB) dan pemimpin pertengahan (GPK & Ketua Panitia) SERI dan SEMI yang merupakan agenda mentransformasi 25 untuk meningkatkan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
- kursus dan bengkel kepada para pentadbir dan semua guru-guru rangkaian ABIM untuk memahami dan melaksanakan Pendidikan Al-Hikmah ke arah kemenjadian murid yang berkarakter.
- Menguruskan kursus dan bengkel kepada pentadbir dan guru-guru tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah/Bilik Darjah SPRA (PBS/PBD SPRA) kepada rangkaian sekolah SERI dan SRI/KAFA ABIM.
- Membantu mengurus selia Pertandingan Ihtifal Akademik/Sukan Peringkat Kebangsaan (IKSA & MISSAK) SERI dan SEMI seluruh Malaysia di adakan setahun sekali.
- Menguruskan kursus dan bengkel Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada para pemimpin (YTPN & LPS), pentadbir (KPE & PGB), guru-guru dan staf rangkaian ABIM untuk meningkatkan profesionalisme dan kompetensi.
- Mengadakan lawatan sambil belajar di dalam dan luar negara kepada para pentadbir sekolah, guru dan pelajar SEMI sebagai jaringan dan latihan.