PENGENALAN
Takmir Pendidikan ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melampaui empat dekad usianya. Pengalaman yang ditimba melalui pendekatan dakwah dan tarbiyah adalah pelbagai. ABIM berjaya melalui suatu pengalaman yang amat bernilai dalam merealisasikan kehidupan bermasyarakat menurut acuan Al Qur’an, terutamanya dalam bidang pendidikan.
Sistem pendidikan yang dipelopori ABIM berasaskan kepada konsep Pendidikan Bersepadu berteraskan Ilmu Tauhid, yang mengintegrasikan Ilmu Wahyu dan Ilmu Duniawi.
Program pendidikan inilah yang menjadi tunjang dan teras (core business) kepada kegiatan ABIM di tengah-tengah masyarakat, untuk melahirkan generasi ilmuan Ulul Albab.
Pendidikan Takmir Berhad (PTB) telah ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 8 Februari 2024. Takmir Pendidikan ABIM (TPA) merupakan satu organisasi pendidikan secara formal dibawah PTB. TPA mempunyai objektif utama seperti berikut:
a. Untuk membangun dan menyediakan sukatan pelajaran kurikulum dan kokurikulum, latihan, penyelidik, penerbitan, seminar/persidangan dan membuat pemantauan institusi pendidikan dibawah seliaannya.
b. Menyelaras institusi pendidikan dari peringkat pra-sekolah (TASKI), sekolah rendah (SERI) dan sekolah menengah (SEMI), serta membuat promosi bagi mengembangkan dan menambah bilangan institusi pendidikan.
c. Mendidik masyarakat untuk menghapuskan buta huruf dan membina masyarakat yang berakhlak mulia.
d. Membantu membina negara dengan menyediakan golongan profesional yang prihatin dengan masyarakat dalam era teknologi maklumat dan digital.



IMPIAN KAMI
Al Fateh Sebagai Inspirasi
Melahirkan insan yang berjiwa pejuang, berakhlak tinggi serta berfikiran ummatik. Bukan sekadar berjaya dalam bidang kemahiran diri dan profesional tetapi juga menjadi seorang dai’e yang bersikap peduli permasalahan umat sekeliling.
Akidah
Akidah yang mantap dan teguh yang bakal menjadi perisai menangkis ideologi-ideologi asing yang menyesatkan.
Syariat
Kukuh, mantap dan kemas amalan agama berlandas Al Quran dan Sunnah.
Akhlak
Melahirkan akhlak mulia yang menghormati ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling.
Aktiviti
SISTEM & KURIKULUM
Menyediakan sistem dan kurikulum pendidikan Islam bersepadu berasaskan ajaran Al Qur’an dan Sunnah untuk memenuhi keperluan pelajar dan institusi tempatan.
LATIHAN PERGURUAN
Menyediakan latihan perguruan profesional bagi guru dan staf yang terlibat dengan institusi pendidikan ABIM..
PROGRAM ILMIAH
Menggalakkan dan menyertai dalam apa jua program, forum, seminar, simposium, wacana intelektual, kajian dan lain-lain aktiviti bagi menyemarakkan kefahaman Islam di kalangan khalayak yang berbeza etnik dan kepercayaan di dalam Negara.
PENERBITAN
Memudah, melaksana dan menyebarkan bahan penerbitan dalam bentuk buku, jurnal, ulasan, terjemahan dan lain-lain dalam spektrum pengetahuan Islam.
RANGKAIAN PENDIDIKAN
Bekerjasama dengan pihak kerajaan, yayasan, institusi, badan lain dan pengalaman yang serupa dalam menggalakkan perkembangan serta pembangunan idea dan menjadikan Islam sebagai cara hidup.
Warga Kerja
Warga kerja Takmir Pendidikan ABIM.

Hj Mohd Musleh B Yunos
Ketua Pengarah

Hj Khailani B Abdul Jalil
Timbalan Ketua Pengarah & Pengarah Sekolah dan Tahfiz

Hj Samian B Mohd Ali
Pengarah Pengurusan & Kewangan

Hjh Nur Jannah Bt Keman
Pengarah
(Latihan & Modal Insan)

Hj Mohammad B Abu Daud
Pengarah
(Akademik & R&D)

Mohd Naim B Mohd Noor
Pengarah
(Kaderisasi & Tarbiah)

Hj Ishak B Ali Shah
Pengarah TASKI

Dr. Abd. Khahar B Saprani
Pengarah Teknologi Pendidikan dan Sumber Pembelajaran Digital

Hjh Norazza Bt Ibrahim
Pengarah Pembangunan Kurikulum

Suhaili B Husin
Timbalan Pengarah Pentadbiran

Khairani Bt Thanin
Timbalan Pengarah Taski

Mohd Yusman B Mohd Yusoff
Eksekutif

Khairul Anuar B M. Ariffin
Eksekutif

Mohd Azuan B Mohd Fauzi
Eksekutif

Nur Sakinah Bt Hamzah
Eksekutif

Syahirah Bt Zamasry
Eksekutif

Che Abdul Fatah B Che Mohd Noor
Eksekutif

Mohd Al Amin B Abd Malek
Eksekutif