Pengenalan
Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) telah ditubuhkan secara rasmi dan didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat pada 2 Mei 1998. Salah satu aktiviti yang dinyatakan bagi YTP ialah menggalakkan perolehan pengetahuan dan pendidikan untuk menghapuskan buta huruf dan rosak akhlak, membantu membina negara, menyediakan golongan profesional dalam masyarakat serta menyediakan masyarakat untuk era inovasi dan teknologi maklumat.